FIQH DAN PERUNDANGAN ISLAM

Buku ini merupakan antara kitab rujukan kontemporari yang digunakan untuk rujukan dan panduan untuk masalah masakini. Karya ini dikarang dengan perbahasan fiqh yang jelas oleh ulama Fiqh komtemparari iaitu Wahbah al-Zuhaili suatu nama yang begitu masyhur dalam penulisan karya fiqh dan usul fiqh pada masa kini. Suatu yang begitu menjadi tarikan kitab ini ialah kandungan dalam kitab agak relevan dengan suasana di Malaysia serta penyelesaian yang lebih bersifat semasa. Kitab ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Arab kemudian diterjemahan ke dalam Bahasa Melayu agar dapat dimanfaat oleh kita semua.

Buku Fiqh dan perundangan Islam ini diterjemah daraipada Kitab Al-Fiqh Al-Islami yang dikarang secara eksiklopedia yang mengandungi hampir keseluruhan aspek dari masalah toharah, ibadat, muamalat dan juga merangkumi aspek perundangan seperti undang-undang jenayah, keluarga, wasiat, kontrak dan pelbagai lagi. Keseluruhan karya agung ini terdiri daripada 8 jilid. Anda akan merasai manfaatnya.

HARGA: RM 100/ 1 Jilid (termasuk kos penghantaran)

DAPATKAN BORANG PESANAN DENGAN HANTAR E-MAIL KE bukit_buku@yahoo.com

Selengkapnya......

MUKADIMAH IBN KHALDUN terjemahan Bahasa Melayu

Buku ini merupakan buku karangan tokoh ilmuan Islam yang terkenal iaitu Ibn khaldun. Buku ini diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak 88o muka. Penggunaan Bahasa Melayu yang lebih jelas memudahkan para pembaca untuk membuat penelitian dan pengkajian terhadap isi kandungan yang disampaikan oleh Ibn Khaldun dalam karyanya yang mashyur iaitu Al-Mukaddimah.

Kitab Al-Mukaddimah merupakan antara bahan rujukan yang masih relevan sehingga ke hari ini. Ini dibuktikan dengan pelbagai kajian yang dilakukan oleh para sarjana Barat. Walaupun telah meninggal dunia berpuluh abad dahulu (1332-1406), namun karyanya masih segar dan relevan. Buku ini menonjolkan dan mendedahkan mnegenai pelbagai lapangan ilmu termasuk sosiologi, astronomi, sejarah, politik, ekonomi dan pelbagai lagi. ia menyentuh daripada individu kepada masyarakat sehinggalah satu entiti.

Kepada pembaca yang masih ragu-ragu dengan kenyataan ini boleh membuat kajian yang terperinci melalui Al-Mukadimah ini. Pelbagai teori lain dalam politik dan sosial turut diceduk oleh Barat untuk diaplikasikan di negara mereka sehingga waktu dan saat ini. Apabila kita membaca karya ini, nescaya kita akan mengakui bahawa Islam merupakan pusat perkembangan dan tumpuan ilmu yang teragung suatu masa dahulu.

HARGA: RM 65 (termasuk kos penghantaran)
-Hantarkan e-mail ke bukit_bukit@yahoo.com untuk borang pesanan.

Selengkapnya......

DAPATKAN BUKU DAN KITAB AGAMA TERUS KEPADA ANDA

“HARGA PETROL YANG TURUN NAIK, TEMPAT LETAK KERETA YANG SEMAKIN PADAT DAN BERBAYAR, BISING, SUASANA KOTOR, LALULINTAS YANG SENTIASA SIBUK DAN MEMBOSANKAN SERTA PEMBAZIRAN MASA DAN WANG, SAMPAI DI KEDAI KEMUDIAN STOK DAN JUDUL BUKU TIDAK DITEMUI”. Inilah kata-kata dari salah seorang dari pelanggan kami datang hanya untuk mendapatkan 2 naskhah buku.

KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENGHANTAR BUKU-BUKU AGAMA ISLAM MALAYSIA, INDONESIA, INGGERIS DAN ARAB TERUS KE LOKASI KEDIAMAN, PEJABAT ATAU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA. Untuk segala tempahan dan makluman, sila hubungi Mohd Faiz – 0132776877 atau melalui e-mail bukit_buku@yahoo.com. Anda juga boleh melawati blog kami http//:www.bukitbuku.blogspot.com untuk maklumat lanjaut. Anda hanya memaklumkan mengenai tajuk dan kuantiti jumlah buku yang diperlukan. Hubungi kami untuk dapatkan borang pesanan melalui e-mail.

DAPATKAN BUKU TERUS KE LOKASI ANDA
1) HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT BUKU

2) KAMI AKAN MENDAPATKAN BUKU DI PASARAN

3) PEMBAYARAN DAN KAMI HANTAR KEPADA ANDA

Selengkapnya......